Thursday, December 11, 2008

Apa kata anda..

terhadap cikgu... Anda pernah belajar dengannya... mungkin dia menjadi idola anda, atau seorang cikgu yang anda sayang... atau paling buruk anda membencinya... Paling tidak anda pernah mempunyai pengalaman dengan seorang guru... mengaku atau tidak anda menjadi manusia sekarang adalah kerana seorang guru. Patutkah anda menidakkannya... siapalah anda yang tahu menulis membaca dek kerana seorang guru. Bersikap adillah anda setidak-tidaknya katakan pada diri anda "Syukur pada Allah aku ni dah berjaya". Nescaya pahalanya sampai juga kat cikgu...

Cikgu tidak meminta semua jasanya dibalas. Kejayaan anak muridnya menggambarkan betapa usahanya selama ini dihargai. Cikgu juga tidak pernah cemburu dengan anak muridnya yang mungkin gajinya 3 atau 4 kali ganda daripada gajinya yang cuma cukup-cukup bulan sahaja.

Kalau adapun cikgu yang buat perangai bukan kerana sudah jemu hendak menggalas beban sebagai seorang guru. Mungkin kerana cikgu merasa apa yang diinginkan untuk anak muridnya tidak kesampaian. Akhirnya ...

Tidak dinafikan ada yang memilih guru sebagai periuk nasinya kerana sudah tiada pilihan... Mereka melampiaskan "ketidaksiuman" itu akibat rasa dendam dalam diri yang membara...

Fikirlah... fikir itu pelita hidup...

Tuesday, December 9, 2008

Akulah Cikgu Itu...












Tinta menari di jari
mengorbankan dakwat bermakna
pada sehelai kertas berharga
ingin melayak diri

Tuah manusia siapa yang tahu
kini aku bergelar guru
kisahnya ingin menghamba diri
demi sebuah pertiwi

Tahun ke tahun telah sebati
rasa cinta telah melekat di hati
jiwa raga memerah keringat
bangga melihat kejayaan terpahat

Yang kubangga
di mana sahaja anak tangga
panggilan keramat paling berharga
"CIKGU" terasa manis sekali di telinga

Akulah cikgu...

Monday, December 8, 2008

ANTARA SEJUTA WAJAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya antara beribu insan berada dalam dunia maya tanpa sempadan ini. Yang pasti kehadiran ruang ini menambahkan lagi warna-warna jendela yang sedia terbuka luas. Kesungguhan lahirnya blog ini adalah semata-mata untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan wawasan.

Setiap wajah manusia yang "dilukis" Yang Maha Esa pasti membawa bersamanya sejuta rahsia. Tak siapa yang mampu meneroka hakikat kejadian ini. Namun kita masih bisa mengungkapkannya melalui satu gambar yang menarik...